SELAMAT DATANG KE HOTEL DARULAMAN

Book Hotel Darulam

Salam hormat, salam sejahtera dan salam satu Malaysia daripada Hotel Darulaman, Jitra Kedah.

Hotel Darulaman adalah sebuah hotel bajet milik penuh Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB) yang terletak di Bandar Baru Darulaman, Jitra Kedah. Kedudukan hotel ini amat strategik kerana ia terletak berhampiran dengan pusat-pusat pengajian tinggi di sekitar Jitra.

Hotel Darulaman menyediakan 36 buah bilik penginapan yang besar lagi selesa dan boleh menempatkan antara 100 hingga 120 orang dalam satu masa. Hotel ini juga menyediakan dua buah dewan seminar yang dilengkapi dengan set peralatan PA sistem. Dewannya boleh memuatkan antara 120 ke 200 orang dalam satu-satu masa.

Hotel Darulaman amat berbesar hati menjemput dan mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk berkunjung dan menginap serta mengadakan pakej-pakej kursus, seminar atau kem motivasi di Hotel Darulaman. Perkhidmatan katering turut disediakan.

Pihak pengurusan Hotel Darulaman mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan dengan memilih Hotel Darulaman sebagai destinasi penginapan. Semoga tuan/puan berpuas hati dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang di sediakan. Sebarang komen yang membina amat-amat kami hargai bagi memperbaiki mutu perkhidmatan Hotel Darulaman di masa hadapan.